Netizen kagum lihat kereta individu ini penuh makanan kucing, “Nak jadi mcm dia…”

Seorang individu menjadi perhatian selepas satu rakaman video yang dimuat naik mencetuskan orang ramai merasa bangga melihat tindakan baik dia terhadap kucing-kucing.

Memberi makanan terhadap kucing-kucing jalanan merupakan satu perkara terpuji apabila kita saling berbuat baik bukan sahaja sesama manusia malah terhadap haiwan sekalipun.

IMG_20210717_230322

Jadi apabila seorang pengguna atas nama Apoinsettia ini membuatkan netizen rata-ratanya meluahkan ingin menjadi seperti dirinya yang berbuat baik terhadap kucing-kucing jalanan yang tidak mempunyai tuan.

Pengguna aplikasi popular TikTok itu turut membuatkan netizen terkejut sekali gus merasa kagum selepas melihat jumlah makanan kucing yang diletakkan dalam belakang kereta dia yang jumlahnya boleh tahan banyak.

Nampaknya dia telah menyediakan dengan cukup lengkap di kereta dengan makanan kucing berserta bekas makanan lalu mencuri tumpuan ramai dengan hampir satu juta mata menonton caranya membantu kucing-kucing jalanan.

Dalam pada masa yang sama, ruangan komen di hantaran video itu mendapat pujian netizen yang mengakui ia merupakan satu perkara yang ingin dilakukan.

“Omg nak jadi macam dia satu hati nanti”

MakananIMG_20210717_230840

“Semoga selalu dimurahkan rezeki di dunia…”

IMG_20210717_230900

“First dia terkejut macam ni je muka dia, bila ada makanan baru dia okey okey sikit dia datang lepas dah makan buat muka…”

MakananMakanan
Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *