“Ohh mak tam” Nana Mahazan Melatah Curi Tumpuan Ramai, Apabila Dia Cuba Lari Dari Minyak yg Meletus

Penyanyi dan pengacara, Nana Mahazan baru-baru ini membuatkan ramai peminat tumpang bahagia apabila dia tampil dengan imej berhijab sekali gus mendoakan yang baik-baik buatnya.

Bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama ini bagaimanapun terbaru menjadi bualan hangat pengguna TikTok selepas satu rakaman video dimuat naik lalu tular di aplikasi terbabit dengan ribuan tanda suka ditinggalkan mereka.

IMG_20210917_074242

IMG_20210917_074234

Dalam satu perkongsian, Nana Mahazan yang dilihat di TikTok terpalit satu tragedi di dapur yang mana rasanya para wanita sudah cukup lali dengan keadaan itu.

Walau bagaimanapun, dalam pada masa yang sama video tersebut mengundang peminat Nana Mahazan mengakui tidak mengenalinya sekali pandang kerana penampilan pengacara ini.

Rata-rata netizen memberikan pujian terhadap penampilan Nana Mahazan yang bagi mereka semakin cantik malah menyerlahkan lagi kejelitaan selebriti ini dengan imejnya itu.

Ruangan komen di hantaran video itu nampaknya dengan pantas dibanjiri dengan pelbagai pujian daripada peminat yang kini mencecah hampir 900 komen selepas dikongsikan di TikTok kelmarin.

“Akak tak cam Nana tadi. Alhamdulillah cantik sangat, semoga kita semua terus istiqomah menuju ke arah yang lebih baik”

NanaNana

“Serius tak perasan ni Nana…”

IMG_20210917_074521IMG_20210917_074500

“Persis Wan Sharmila raut wajah dia bila berhijab…”

IMG_20210917_074443

Tunggu dulu, anda pasti tidak ingin ketinggalan untuk baca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen Yg Baik-Baik Okey.

Sumber : HCL

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *