“Orang Pandang Atas Bawah” – Gadis Berbaju Kurung Ini Masuk Ke Shopping Mall Curi Tumpuan

Baju kurung merupakan pakaian tradisional Melayu yang telah menjadi warisan sehingga kini

Sesiapa yang memakai baju kurung akan dilihat sangat sopan, ayu dan cantik. Baju kurung juga mempunyai pelbagai jenis dan corak. Rasa sedap mata memandang melihat gadis memakai baju kurung.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berbaju kurung Melayu pergi ke pasar raya mencvri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

kerana memakai baju kurung

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang mengunjungi sebuah pasar raya sambil mengenakan pakaian baju kurung yang sopan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dipandang pelik oleh orang sekeliling kerana penampilannya. Dia juga menerima soalan seperti “Serius lah masuk mall pakai macam ni?”. Gadis itu dilihat melontarkan soalan seperti “Salah ke kampung girl nak shopping?”.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

“Perempuan kalau pakai baju kurung nampak cantik ayu je, jadi jangan dengar apa orang cakap okay?” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjuan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan gadis itu bahawa tidak ada sala.hnya memakai baju kurung.

Malah, ramai yang bersetuju dengan mengenakan baju kurung menampakkan lebih cantik dan ayu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 50K tontonan, 8K tanda suka dan 800 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kita pekakkan telinga je sis, yang penting sis nampak ayu berbaju kurung!

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Says

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *