P4yudara membesar selepas terima suntikan vaksin Pfizer

OSLO, Norway – Seorang remaja perempuan dari Norway menjadi tular di media sosial apabila mendedahkan suntikan vaksin memberi kesan sampingan luar biasa buatnya, lapor Sputnik News, semalam.

Gadis bernama Emma,17, itu berkata, selepas mendapat suntikan vaksin Pfizer beberapa minggu lalu, payudaranya membesar dan saiz pakaian dalamnya berubah dengan ketara.

“Saiz p4yudara saya kini menjadi tumpuan apabila memuat naik video di laman TikTok. Ramai kenalan yang menegur perubahan ini.

“Apabila saya membuat carian online, rupanya ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) yang turut mendapat kesan sampingan pembesaran p4yudara seperti saya,” katanya.

Seorang pakar kesihatan memberitahu stesen penyiaran Norway, NRK bahawa kesan sampingan itu mungkin berkaitan dengan kelenjar yang membengkak selepas mendapat suntikan vaksin dan ia bukan satu simptom yang membimbangkan.

“Kami telah melihat beberapa kes di mana kelenjar p4yudara wanita sedikit membengkak selepas disuntik vaksin,” kata Ketua Doktor di Pusat Diagnostik P4yudara Nordland Hospital.

Backmann berkata, penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan itu boleh menjalani imbasan mamogram selepas empat minggu menerima suntikan jika berasa risau dengan keadaan tersebut. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *