Pelajar ini teruja… baru je sampai UK, nyanyian lagu Nazam Berkasih dapat pujian Syura – “Saya akan terus buat video di sini”

BAKAT nyanyian gadis ini menerima pujian ramai apabila dia mendendangkan lagu berentak etnik kreatif.

Malahan, cover lagu Nazam Berkasih oleh Nur Farah Azmeera Musa, 24, turut menarik perhatian penyanyi asalnya iaitu Syura.

Mesra disapa Farah, dia mengakui sukar percaya apabila video nyanyiannya menerima pujian daripada penyanyi itu selepas ia dikongsi di Instagram dan TikTok baru-baru ini.

“Syura noticed video nyanyian saya. Saya pun sebenarnya dah lama minat dia. Saya suka dengar lagu tradisional kerana terpengaruh dengan emak. Sejak kecil saya ikut dengar sekali.

“Ketika saya mula buat cover nyanyian di TikTok, saya ada 59 followers saja. Tapi ia mula bertambah selepas saya nyanyi lagu Syura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Selain lagu etnik kreatif, saya juga minat genre-genre lain. Cuma ramai yang minta saya nyanyi lagu tradisional, jadi saya cuba penuhi permintaan mereka. Tak sangka orang ramai suka,” ujarnya kepada mStar.

Menurut gadis dari Kulai, Johor itu, dia aktif menyanyi sejak kecil dan pernah membuat persembahan ketika acara-acara tertentu di sekolah.

farah03

Farah mula menyanyi sejak zaman sekolah lagi.

Tambah Farah, minat itu turut dikembangkan dengan penghasilan video nyanyian yang dikongsi di platform seperti YouTube, Instagram dan TikTok pula.

“Saya menyanyi sejak kecil, sejak darjah satu dah pernah buat persembahan di sekolah. Bila dah besar, saya rajin buat video cover nyanyian.

 

Sekarang sedang biasakan diri dengan waktu di sini yang tujuh jam berbeza dengan Malaysia.

FARAH

 

“Semuanya atas dorongan kawan-kawan. Mereka yang bagi idea. Saya bermula di YouTube dan Instagram pada tahun lepas sebelum menyertai TikTok tahun ini.

“Sejujurnya saya tak pernah terfikir untuk jadi penyanyi. Buat masa sekarang, saya menyanyi sekadar hobi saja. Tapi kalau ada peluang, InsyaAllah saya terima,” ujar anak ketiga daripada enam beradik itu.

Mengenai dirinya, Farah baru sahaja tiba di United Kingdom beberapa hari lalu untuk menyambung pengajian di sebuah universiti dalam bidang Komunikasi Massa.

Farah merupakan penuntut bidang Komunikasi Massa di UK.

Menurut Farah, dia kini sedang membiasakan diri dengan perubahan masa dan suasana, namun akan meneruskan penghasilan video nyanyian di sana.

“Saya masih lagi terbiasa dengan waktu di Malaysia. Jadi sekarang sedang biasakan diri dengan waktu di sini yang tujuh jam berbeza dengan Malaysia.

“InsyaAllah saya akan teruskan buat video nyanyian di sini. Paling penting, saya nak ucapkan terima kasih kepada yang hargai video nyanyian saya.

“Saya tak pernah menyangka akan dapat jumlah tontonan sebegini. Terima kasih dan teruskan sokong bakat di Malaysia,” ujarnya mengakhiri bicara.

” rasa cam nak joget cam ular, aku rasa ni lagu zaman 90 an lah zaman dulu ii”-Netizen 

“aya chinese pun terpesona dengar suara kakak ni.. sangat merdu “- Tulis lagi warganet

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Mstar 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *