Selalu D!ejek Sebab Hidung Mancung, Tapi Kembar Keturunan Arab Ini Tak Ambil Hati – “Mama pun pernah rasa”

“SANGKUT baju ke hidung?” begitulah kata-kata yang dilon.tarkan kepada seorang gadis ketika berada di sekolah.

Rakaman video berdurasi 11 saat itu memaparkan eje.kan yang diterima kerana paras rupanya.

Visual tersebut meraih lebih 90,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita kepada mStar, Farah Alway, berkata, hidungnya sering menjadi perhatian ramai kerana keluarganya yang mempunyai darah kacukan masyarakat Timur Tengah.

Jelasnya lagi, dia mula diejek seawal usia sembilan tahun ketika bersekolah di Maahad Darul Anuar, Kampung Pulau Melaka, Kelantan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebenarnya video itu tentang bentuk hidung saya, itulah benda yang pertama sekali orang akan tegur kalau pergi ke mana-mana.

“Sebab ibu bapa saya mix, abah keturunan Arab Yemen dan mama pula Arab campur Pakistan,” katanya yang berasal dari Kelantan dan menetap bersama keluarganya di Kota Bharu, Kelantan.

IMG_9522

Yusnita (kiri) banyak memberi semangat kepada anak sulunga sewaktu dia sedih kerana die.jek.

Mesra disapa Farah, katanya, dia sering die.jek dengan pelbagai gelaran, malahan kembarnya, Farhan juga tidak terlepas daripada perkara tersebut.

Bagaimanapun, ibu bapanya iaitu Yusnita Yunus, 40 dan Alway Jaafar, 65, merasakan perkara itu adalah normal memandangkan mereka berdua berketurunan Arab.

“Mereka e.jek hidung saya dengan bermacam-macam panggilan seperti ahli si.hir, jual karpet, anak Bangla, hidung panjang, penyangkut baju dan Pinocchio.

“Perasaan waktu itu memang sangat kece.wa dan sering menangis kerana masih kecil lagi masa tu. Kedua ibu bapa tahu yang anaknya selalu die.jek, cuma kadang-kadang terkejut kalau saya balik dalam keadaan menangis.

 

Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun.

FARAH ALWAY

 

“Tapi mereka cakap normal saya die.jek sebab ada keturunan Arab. Saya tidak balas pun eje.kan itu, tapi akan bercerita pada mama.

“Saya bersyukur kerana ejek.kan itu tidak memberi kesan kepada kesihatan men.tal. Lagipun saya sekelas dengan kembar saya, jadi tak adalah rasa seorang diri sangat,” ujarnya yang menolong ibunya menjalankan bisnes menjual pakaian secara online.

Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, ibunya sering memberi kata-kata semangat kerana dia juga pernah melalui perkara yang sama.

Farah berharap sesiapa yang die.jek kerana paras rupa supaya banyak bersabar kerana kita tidak dapat mengawal apa yang keluar dari mulut seseorang.

“Mama yang banyak memberi semangat sebab saya seorang sahaja anak perempuan mama, Farhan tak die.jek teruk sangat kerana dia lelaki.

IMG_9521

Farhan (kiri) juga die.jek tetapi tidak seteruk yang kembarnya terpaksa tempuhi.

“Sekarang bila dah besar ni, saya tak ambil hati pun. Malah saya dengan hati terbuka memaafkan sesiapa sahaja yang pernah hi.na atau e.jek saya.

“Kepada mereka yang berketurunan seperti saya, harap anda semua bersabar. Sebab benda macam ni tak boleh dielakkan dan mu.lut orang kita tak boleh nak tutup,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *