“Pisang dah berbuah 5 kali” – Cik B Bukan ‘Self1sh’ Halang Vida Kahwin Lagi – ‘Saya Buat Semua Ini Sebab Tak Nak Mama Sed1h’

Cik B dan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida mengambil langkah untuk berdamai selepas hubungan keluarga ini menjadi teg4ng sejak akhir-akhir ini.

Ketika dihubungi OhBulan!, Cik B, 16, menyatakan dia ada berbincang mengenai keputusan Vida untuk berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Sekarang ini hubungan kami dah okey, dah tidur sekali. Mama pun sudah boleh bercakap dengan saya dan kami dah rapat semula. Saya ada sentuh topik kahwin dan berpesan padanya jangan berkahwin. Kemudian, mama balas insya-Allah.

Yang saya nampak mama ada fikir balik bila saya tak bagi kahwin. Dia pun ada baca statement yang saya keluarkan. Sama juga dengan komen-komen netizen, dia pun dia baca. Ada la juga terlintas di fikiran dia, ‘betul juga eh?’

Ujar Cik B, dia tiada mas4lah dengan Iqbal dan mengakui jejaka kelahiran Kelantan itu baik hati, cuma mereka tidak benar-benar akrab.

Ditanya mengenai dakw4an netizen yang beranggapan Cik B bers1kap ‘self1sh’ gara-gara tidak merestui hubungan ibunya dengan Iqbal. Tegas pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia hanya menginginkan ibunya bahagia selama-lamanya bukan hanya sementara.

Tambah pelantun lagu Tolonglah Aku lagi, dia mengaku berdepan travma dengan perkahwinan Vida terdahulu.

Saya bukan self1sh! Kalau saya beri pendapat, biarpun mama tak ikut (setuju) tapi selalunya dia buat ja. Saya hanya nak mama happy lama bukan sekejap saja.

Kacak suruh saya bagi mama kahwin tapi saya tetap tak nak bagi. Saya kenalah jaga mama. Saya ada mama ja.

Takkan mama nak bagi kasih sayang dia dekat orang yang baru datang dalam kehidupan dia?

Biarpun tidak mampu menghalang ketentuan takdir, Cik B berpegang dengan pendiriannya tiada lelaki lain yang boleh menggantikan kasih sayang antara mereka bertiga anak-beranak.

Saya memang tak nak langsung mama kahwin dengan sesiapa sebenarnya. Saya tak nak ada orang baru datang dalam hidup saya. Rasa macam uncomfortable untuk saya tinggal serumah, kahwin dengan mama pula tu.

Saya buat semua ini sebab tak nak mama sedih. Kita tak tahu dia punya niat. Memang betul niat nak kahwin tapi di sebalik itu kita tak tahu.

Tapi kalau mama dan dia (Iqbal) berkahwin juga saya tetap akan jaga mama.

Dalam pada itu, ketika diusik panggilan buat bapa tirinya itu, jawab Cik B; “Saya akan panggil dia bro!”

Sumber: Instagram @cikb_havoc66

SEJAK Datuk Seri Vida mengumumkan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang jejaka muda bernama Iqbal, pelbagai reaksi diberikan orang ramai termasuklah anaknya sendiri, CiK B.

Namun, Isnin lalu, Cik B sekali lagi menarik perhatian ramai apabila membuat satu ciapan dalam Twitternya.

“Takkanlah pisang hendak berbuah dua kali. Bukan dua kali tetapi lima kali,” ciap gadis berusia 16 tahun itu.

Meskipun tidak menyatakan ciapan tersebut mengenai apa, namun netizen meneka perkara tersebut berkaitan dengan isu ibunya.

Dalam ruangan komen, ramai yang memberi nasihat kepadanya agar terus kuat untuk berhadapan dengan situasi semasa. Mungkin nasihat tersebut diberikan kerana ramai yang tahu Cik B menent4ng perkahwinan ibunya dengan Iqbal.

Rata-rata memberi sokongan kepada Cik B, malah ada yang berkongsi pengalaman menerima kehadiran bapa tiri dalam hidup mereka.

Macam-macam komen yang muncul. Ada yang nasihatkan Cik B supaya belajar terima pilihan Vida dan sebaliknya.

Apa pun, hanya Cik B yang faham situasinya ketika ini. Kita mungkin boleh beri nasihat dan sokongan tetapi janganlah sampai beri pengaruh buruk kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@viral kini

Sumber : Oh Bulan via kosmo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *