‘Pulau Langkawi, kami datang’- Nora Danish selamat tiba bercuti di pulau legenda,

SEMPENA hari pertama Pulau Langkawi dibuka semula kepada pelancong semalam, pelakon cantik Nora Danish antara yang tidak melepaskan peluang menjejakkan kaki untuk bercuti di pulau legenda itu.

Menerusi hantaran di Instagram, percutian pelakon itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim.

“Alhamdulillah, Pulau Langkawi, kami datang,” tulis Nora Danish

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

“Nora turut berkongsikan foto berangkat ke Langkawi menaiki kapal terbang serta foto bersama suami tiba di sebuah hotel di sana.

Perkongsian Nora itu dilihat sekali gus menjadikannya sebagai selebriti tanah air yang terawal bercuti ke Langkawi selepas dibenarkan oleh kerajaan.

Sementara itu, Nedim dalam satu hantaran Instagram juga mengakui dia juga berasa paranoid dan berdebar selepas sekian lama tidak melancong dengan menaiki pesawat.

“Pertama kali melancong dengan menaiki pesawat selepas sekian lama. Tidak boleh menipu bahawa saya juga berasa gemuruh dan paran0id,” coretnya.

Menurut Nedim, bagi pelancong yang mahu ke Pulau Mahsuri itu dinasihatkan agar membuat ujian saringan C0v1d-19 sehari sebelum bertolak agar memudahkan urusan perjalanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


“Buatlah Ujian Pantas (RTK) Antigen C0v1d-19 sehari sebelum, lebih senang.

“Kakitangan di lapangan terbang banyak membantu walaupun mereka kelihatan penat. Terima kasih semua di Lapangan Terbang Subang,” katanya.

Langkawi dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor pelancongan domestik yang boleh dikunjungi bagi mereka yang memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Rakyat tempatan dari seluruh negara termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan mengunjungi Langkawi bermula 16 September 2021.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)


Memang seronok apabila kerajaan memberi kelonggaran untuk semua bercuti, namun jangan sesekali lupa untuk mematuhi SOP yang ditetapkan ya! #kitalaluibersama #kitajagakita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@viral kini

Sumber : Sinar plus

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *