Ramai S4lah Faham, Zulin Aziz Mohon Hentikan Fitn4h – “Stop Manipulate, Semoga Allah Ampunkan Dosa-Dosa Korang”

Pelakon Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa apabila komennya di akaun Instagram penyanyi Siti Nordiana telah dimanupulasi oleh sesetengah pihak.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya, Zulin memohon hentikan sebarang dakwaan berbaur f1tnah terhadap dirinya.

“Aku tetap baik dengan dua-dua. Aku tau apa aku cakap, apa niat aku. Yang lain… Ikut korang lah. Yang f1tnah? Semoga Allah ampunkan dosa-dosa korang.

“Kepada semua, baca dengan hati yang hitam, otak yang negative akan nampak semua benda tak baik. Aku bukanlah orang hati busuk macam korang fitnah tu sampai cakap aku dengki lah apa lah.

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, Amin. Tugas aku menegur sebagai kawan untuk dua-dua dah settle. Stop manipulate. Stop f1tnah aku.

“Aku kawan dengan semua orang. Tak pernah aku g4duh-g4duh, dengk1-dengk1. Aku ni support kawan-kawan lagi ada.

“Kalau kenal aku, korang tahulah. Yang tak kenal aku tu selalunya akan cakap itu ini. Aku tak sokong pun kalau benda salah. Aku juga tak sokong kalau terus berbalah. Doakan baik-baik untuk mereka,” tulisnya.

Menerusi itu juga, Zulin turut memuat naik mesej tangkap layar perbualan secara Direct Massage (DM) Instagram bersama Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.

Memahami keadaan Zulin, Nana juga turut memohon maaf disebabkan keadaan berkenaan.

“Aku faham babe. Aku pun minta maaf. Kau dah DM aku ni pun aku rasa dah bersyukur sangat. Moga Allah pelihara kita babe. Insya-Allah. Amin,” tulis Nana.

Terdahulu, komen Zulin di akaun Instagram Siti Nordiana berkenaan dengan membuat tuntutan permohonan maaf secara terbuka berserta bayaran RM200,000 terhadap lima sekawan itu telah disalah ertikan oleh netizen.

Komen Zulin yang mengatakan “hmmmm… nak buat apa RM200,000 tu, dapat ke ubat hati yang terluka,” itu juga teruk mendapat kecaman netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Info kita

 

Sumber : Gempak

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *