Rezeki peminat arw4h… dah melukis banyak gambar artis tapi potret Siti Sarah dapat perhatian – “Saya lukis sambil dengar lagu-lagunya”

SELURUH Malaysia bersedih dan terkesan dengan berita pemerg1an penyanyi, Siti Sarah Raisudin yang men1nggal dunia pada Isnin lalu selepas bert4rung nyawa kerana dij4ngkiti Cov1d-19.

Gadis ini turut tidak terkecuali berduka atas pemergian Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib Sepahtu.

Enggan berterusan menangisi pemerg1an Allahy4rhamah, gadis ini memilih untuk mengabadikan wajah penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Kesetiaan’ itu dalam satu potret yang dihasilkannya sendiri.

Video ketika dia melakar wajah Allahy4rhamah menjadi tular di media sosial kerana begitu menyentuh hati netizen, apatah lagi diiringi dengan lagu ‘Kelmarin’ dendangan kumpulan Seventeen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sehingga kini ia meraih lebih 426,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok dan dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa sedih selain mengagumi bakat seni gadis berkenaan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Syaidatulmulia Mabul Maddin berkata, Siti Sarah sememangnya merupakan salah seorang artis kegemarannya lantaran dia amat meminati lagu-lagu arw4h.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Mulia, sama seperti orang lain, dia sendiri berasa terkejut dengan berita pemerg1an ibu kepada empat cahaya mata itu.

Potret Allahy4rhamah Siti Sarah dan Shuib meraih jumlah tontonan yang tinggi di TikTok.

“Berita itu sangat-sangat meninggalkan kesan kepada saya… sama seperti yang lain, saya sendiri seb4k dan sedih apabila membaca atau menonton berita mengenai arw4h.

“Jadi saya lukis potret arw4h untuk dijadikan sebagai kenangan. Bagi saya, ia adalah cara saya melakar kesedihan dan diterjemah dalam bentuk lukisan.

“Namun saya sama sekali tak menyangka ia menjadi tular. Saya terharu apabila ramai komen meluahkan rasa sedih dan berkata potret tersebut seolah-olah ‘hidup’ dan ‘real’.

“Sebelum ini saya ada lukis artis dan public figure yang lain, namun potret ini yang paling mendapat perhatian ramai dan semestinya ia mempunyai keistimewaan sendiri buat diri saya,” ujar wanita berusia 21 tahun dari Kota Belud, Sabah ini.

Potret salah seorang selebriti yang dihasilkan Mulia, iaitu Da’i Syed.

Bercerita mengenai lukisan tersebut, Mulia berkata dia hanya menggunakan pensel biasa dan mengambil masa sekitar lima jam untuk disiapkan.

“Saya melukis potret arw4h sambil mendengar lagu nyanyiannya… memang terasa sangat seb4k.

“Tak sangka, bila saya kongsi di TikTok, saya dapat banyak komen dan juga DM. Ramai daripada netizen minta saya lukis potret Shuib pula. Dan tak sangka, potret Shuib turut meraih jumlah tontonan tinggi di TikTok.

Bagi saya, ia adalah cara saya melakar kesedihan dan diterjemah dalam bentuk lukisan.

SYAIDATULMULIA MABUL MADDIN

“Sebenarnya ada juga yang offer untuk membeli potret-potret itu, namun saya tak berhasrat untuk ‘melepaskannya’. Saya nak simpan kerana ia adalah tanda kenangan tentang salah satu peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh kita semua,” ujarnya yang merupakan lulusan dalam bidang animasi dari sebuah kolej di Kota Kinabalu.

Mulia juga berkata selepas video tersebut tular, dia menerima terlalu banyak komen daripada orang ramai yang mahu memintanya melukis potret mereka.

“Ada yang nak lukis potret sendiri, potret keluarga dan potret insan kesayangan yang sudah men1nggal dunia. Saya benar-benar terharu dengan sambutan ramai. Tak sangka secara tak langsung ia membuka rezeki buat saya selepas bakat saya menjadi perhatian.

Mulia mendapat sokongan pada daripada daripada bapanya untuk terus berkecimpung dalam bidang seni.

“Saya sebelum ini pernah juga ambil tempahan melukis potret sambil-sambil kerja dalam bidang lain ketika itu. Namun selepas mendapat sambutan baru-baru ini, saya fikir nak fokus untuk mengambil tempahan.

“Salah satu sebabnya juga kerana bapa saya. Dia menasihati saya supaya jangan sia-siakan bakat yang ada,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Info kita

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *