“Saya Rasa Dunia Saya Sepi” – Raissuddin Hilang Kata-Kata Bila Shuib Beritahu Siti Sarah Sudah Tiada

Bapa kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah reda dengan pemerg1an anak perempuannya pada pagi Isnin lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai pemerg1an Sarah, kata Raissuddin, 65, ia satu ketentuan Ilahi.

“Saat Shuib datang dan melutut di hadapan saya sambil memberitahu Sarah sudah tiada… saya tidak tahu nak berkata apa.

“Sebenarnya apa yang berlaku adalah satu takdir yang sudah ditetapkan Allah.

“Saya harap semua terus mendoakan arwah dan moga dia tenang di sana. Kita hanya dapat kenang sebab dia tidak akan kembali lagi,” katanya selepas majlis bacaan tahlil dan doa selamat secara maya buat arwah Siti Sarah pada Selasa.

Menyentuh tentang keperibadian Sarah, kongsi Raissuddin yang juga penyanyi era 80-an, anaknya itu seorang yang taat dan manja dengan orang tuanya.

“Dia seorang anak yang sangat baik dan tak pernah membantah serta melawan cakap saya.

“Arwah juga seorang yang manja dengan saya….banyak kenangan manis kami bersama sepanjang 37 tahun hidupnya.

“Sehari sebelum dia pergi ke h0spital, kami saling berpegangan tangan tetapi tidak berkata apa-apa,” tambahnya.

Allahyarhamah Sarah menghembvskan nafas terakh1r di Unit Rawatan Rapi (ICU), H0spital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat c0v1d-19, jam 5.13 pagi Isnin.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bertarung nyawa akibat c0v1d-19 selepas lebih 48 jam dit1durkan.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebum1kan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *