“Saya Reda dengan Pemergian Siti sarah, Cabaran Saya Cuma Nak Beritahu Kepada Anak-Anak Ibu Mereka Dah Tak Ada” – Shuib

Suami kepada penyanyi Siti Sarah, Shuib akui reda pemergian isterinya pagi tadi dan menerimanya sebagai ketentuan Illahi.

Bagaimanapun Shuib berkata, cabaran buatnya kini adalah untuk memaklumkan kepada tiga anak mengenai ketiadaan ibu mereka.

“Saya reda dengan pemergian isteri saya dan menerima ketentuan Illahi. Cabaran saya Cuma nak beritahu kepada anak-anak yang ibu mereka sudah tak ada,” katanya.

Shuib berkata, dia dan anak-anak sempat membuat panggilan video buat kali terakhir bersama arwah isterinya yang sedang nazak di h0spital.

“Saya dapat buat panggilan video bersama anak-anak dengan bantuan jururawat dan doktor. Anak-anak sempat melihat keadaan ibu mereka.

“Dan masa tu, nampak juga air mata di pipi Sarah…Dia macam faham apa yang anak-anak dan saya katakan masa tu.

“Saya juga bergegas ke hospital malam tadi selepas selesai sesi bacaan Yassin dan doa dianjurkan menerusi aplikasi Zoom Meeting.

“Tapi bila sampai hospital, saya tak dibenarkan bertemu dengan Sarah dan patah balik ke rumah,” katanya.

Terkini, Shuib sedang menantikan urusan mandi jenazah secara tayammum di Bilik Jenazah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM).

Tambahnya lagi, arwah isterinya akan disolat jenazah di hospital dan dijangka dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira kira jam 12 tengah hari ini.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), hospital berkenaan akibat pandemik  c0v1d-19, jam 5.13 pagi ini.

Sarah meninggalkan empat orang anak Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

Ayash Affan selamat dilahirkan kira-kira pukul 5 petang secara pembedahan ketika ibunya ditidurkan pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu Shuib juga berjanji akan menjaga empat cahaya mata perkongsian hidupnya dengan arwah dengan baik.

“Arwah sempat hadiahkan saya dan anak menerusi kehadiran Ayash Affan. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Ternyata, Allah lebih menyayanginya.

“Nama Ayash Affan itu sendiri dipilihnya kerana menurut pembacaan arwah, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di g4z4,” katanya.

Pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif c0v1d-19.

Selain Siti Sarah dan suami, Shuib serta tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *