“Second Pic Macam Nampak Perut…,” – Figura Terkini Neelofa Sekali Lagi Curi Perhatian Ramai

Perkongsian foto terkini daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian wargamaya.

Selepas beberapa hari tidak berkongsi foto terbaharu, hantaran tersebut nyata memberi ruang buat pengikutnya untuk meninggalkan komen dan titipan.

Malah, tidak kurang yang memuji penampilan figura bekas hos MeleTop ini dan ada juga yang membuat spekulasi dia tampak berseri kerana did4kwa sedang berbadan dua.

Biar hal tersebut tidak pernah dis4hkan tuan badan, namun peminat turut berdoa yang terbaik berkaitan hal berkenaan.

“Comenya mummy preggy ni sorang.”

“MasyaAllah tabarakallah… pretty.”

“Rindunya tengok Neelofa.”

“Pakai apa pun cantik.”

“Semoga dilindungi dan dipermudahkan.”

“Second pic macam nampak perut. Kalau betul alhamdulillah.”

“Pregnancy glow.”

Itu antara komen awal yang ditinggalkan wargamaya menerusi ruangan komen.

Terdahulu, perkongsian foto berkenaan adalah bersempena dengan ulang tahun jenamanya, Naelofar yang ketujuh yang turut disertakan dengan pelbagai promosi dan koleksi terkini khusus buat pembeli.

“Celebrating #NaelofarTurns7 with Jewel The Anniversary Collection ! Launching this tonight at 9PM. InsyaAllah,” tulis Neelofa pada ruangan komen.

Sebelum ini, Neelofa pernah dikatakan ham1l apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan ‘baby bump’ usahawan itu tular di media sosial.

Meski sering dihujani pertanyaan mengenai keham1lan, Neelofa mahupun suaminya, Haris mengeluarkan sebarang penaf1an mengenai hal tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Apapun, kami mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Komen Netizen

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Media Hiburan 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *