Daphne Iking tampil Berhijab, Menarik Perhatian Ramai Puji Cantik,- “Semoga Istiqomah…Major Love!”

Sejak kebelakangan ini, pengacara jelita Daphne Iking berkongsi foto dan video memakai tudung di Instagram.

Perkara itu semestinya menarik perhatian warganet yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Berdasarkan tinjauan Gempak, ramai pengikut Daphne meninggalkan respon positif dengan memuji kecantikannya berhijab dan mendoakan agar istiqomah.

“Semoga istiqomah…major love,” tulis netizen.

“Masha-Allah pretty,” tulis pengguna Instagram yang lain.

“Masha-Allah even more glowing this beauty,” tulis seorang wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking)


Gempak cuba mendapatkan kenyataan daripada pihak Daphne sendiri mengenai perkara tersebut namun tidak menerima jawapan setakat artikel ini ditulis.

Imbas kembali, Daphne memeluk agama Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking dan bernikah dengan suaminya, Azmi pada Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Isobel Daniella Iking, Iman Daniella Iking, Isidore Daniel Iking dan Daniel Iking Azmi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daphne Iking (@daphneiking)

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *