“Sha D0akan Sem0ga Impian & D0a B Termakbul…,” – Sweet Ucapan Uqasha Buat Nelydia Yang Kini Genap 27 Tahun

Pelakon cantik, Uqasha Senrose menitipkan ucapan istimewa buat adik tersayang yang juga pelakon Nelydia Senrose bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-27.

Dedikasi tersebut dilayangkan Uqasha bersama beberapa foto Nelydia menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.

Titip Uqasha, dia menyifatkan Nelydia sebagai adik yang baik dan mendoakan agar semoga impian serta doanya dimakbulkan.

“Happy birthday to you @nelydiasenrose. Sha doa kan b semoga sentiasa happy sihat dan diperluaskn pintu rezeki amin .. b youre not just a wonderful sister but also a really good friend and no matter what life has in store, i know on YOU i can depend.

“I just want you to know that i love you forever n nothing can change that and sha doakan jgk semoga semua impian dan doa2 b termakbul Ameen and sorry this year hadiah lambat sikit sbb pkp, but for sure i will get u something okay.

“Enjoy ur day b, love you,” tulisnya. Hantaran tersebut turut meraih perhatian peminat yang turut sama memberikan dedikasi buat pelakon filem Jebat itu.

Meninjau ke Insta Stories milik Nelydia, dia turut berkongsi momen keraian bersama suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.

Foto: Instagram Uqasha, Nelydia Senrose

 

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *