Shuib Tiada Selera Makan, Masih Terpanggil Nama ‘Maid’ Yang Men1nggal Dunia

Sejak pemergian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada Isnin lalu, pelawak Shuib mengakui banyak kejanggalan dilaluinya apatah lagi perlu uruskan anak-anak sendiri.

Bagaimanapun, Shuib meluahkan rasa syukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang serta rakan-rakan yang banyak memberi semangat.

BACA: Shuib Tangguh Jumpa Ayash Affan Atas Saranan Pihak Hospital

“Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.

“Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai. Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat cium bau,” katanya.

Shuib berkata dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaananak-anak itu yang jadikannya agak keliru.

Malah, dia masih terpanggil nama pembantu rumahnya yang sudah meninggal dunia kerana sudah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

“Bab anak-anak ini yang buat saya macam pelik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah.

“Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah meninggal dunia. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

“Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang yang memudahkan urusannya setiap hari dan mendengar kata. Namun, Shuib bersyukur keluarga mentua tinggal berdekatan dan akan turut membantu.

“Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat jerit-jerit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.

“Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya stress (tekanan). Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik.

“Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *