Siti Sarah Masih Belvm Sedarkan Diri; “M0h0n Terus Mendoakan,” – Shuib

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelumnya, penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu ini yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan lebih awal selepas tahap oksigen menurun sejak pagi Jumaat.

Suaminya juga bekas penyampai radio, Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritikal.

“Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.

“Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan C0vid-19 dipermudahkan urusan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepas dia dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.

Sementara itu menerusi posting terkini Shuib di Instagram, dia memaklumkan isterinya masih belum sedarkan diri dan mohon ramai untuk menitipkan doa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

 

Sumber : MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *