Siti Sarah pergi dalam syahid – ucap Ustazah Asma’ Harun

PETALING JAYA – Penceramah yang juga pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyifatkan kemat1an penyanyi Siti Sarah sebagai kematian yang dicemburui kerana ‘dijemput’ oleh Allah SWT dalam keadaan husnu khatimah atau mati syahid.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Asma’ berkata demikian selepas melihat kemat1an Sarah mempunyai beberapa tanda bahawa dia meninggal dunia dalam keadaan baik iaitu husnu khatimah.

“Subhanallah. Ada beberapa tanda husnu khatimah pada kematian Sarah. Antaranya kematian kerana wabak dan kerana melahirkan anak. Masya-Allah.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, kematian akibat wabak dan melahirkan anak merupakan kematian yang baik (husnu khatimah),” katanya.

Ujarnya lagi, dia turut menyifatkan Sarah sangat beruntung kerana Allah SWT telah memberinya peluang untuk pergi dalam keadaan bersedia.

“Allah SWT beri Sarah peluang untuk dia pergi dalam keadaan bersedia. Semua tahu, mereka yang akan ditidurkan oleh doktor akan diakhiri dengan mengucap kalimah syahadah.

“Nabi Muhammad SAW bersabda, barang siapa yang mengakhiri kalimahnya dengan Lailahaillallah, mereka pasti akan masuk ke syurga. Insya-Allah,” ujarnya.

Dengan nada sebak, Asma’ turut mengakui terkesan dengan berita tentang kemat1an Sarah pagi tadi akibat c0v1d-19.

“Kematian Sarah menghidupkan hati. Mudah-mudahan menyentap jiwa dalam kalangan orang yang sedang terleka dan lalai termasuk saya.

“Sarah disayangi ramai. Marilah kita sama-sama ambil peluang untuk berdoa. Bukan sahaja untuk Allahyarhamah Siti Sarah, tetapi juga untuk semua pejuang dan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan ny4wa mereka untuk menyelamatkan banyak nyawa,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kesetiaan itu dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 5.13 pagi hari ini selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat c0v1d-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *