Tahniah! Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Nikah Pagi Ini, Semoga kekal to Jannan

Bukan bulan depan seperti yang diuar uarkan, sebaliknya Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah sah bergelar pasangan suami isteri pagi ini.

Pernikahan mereka terjawab apabila pasangan itu dilihat berbusana pengantin warna hitam berada di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi tadi.

Menerusi Instagram (IG) Live di akaun Zizi menunjukkan pasangan itu sedang melangsungkan acara pernikahan bersama seorang juru nikah sekitar pukul 10.45 pagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KIRANA (@zizi_kirana)


Namun sayangnya, IG Live tersebut tidak bersuara dan ditutup suaranya atau mute.

Zizi kemudian membuat satu lagi siaran langsung di IG Live yang menampilkan dirinya dan Yusuf selepas majlis akad nikah. Pasangan tersebut dilihat bergambar bersama dan terlihat beberapa dulang hantaran di lokasi majlis.

Mereka kemudian dibanjiri ucapan tahniah bukan sahaja dalam kalangan peminat, tetapi rakan seperjuangan termasuk Zulin Aziz.

Di IG Zizi juga menyaksikan dia memuat naik foto berukuran passport dirinya dan Yusuf yang biasanya digunakan dalam majlis pernikahan oleh pasangan pengantin. Foto tersebut disertakan dengan kapsyen berbunyi Bismilah.

Terdahulu, pagi tadi di IG Story miliknya juga kelihatan dia sedang disiapkan oleh pereka fesyen Shannel Harun dengan buasana perkahwinan lengkap berona hitam.

Semalam kecoh khabar angin bahawa mereka bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, namun masing-masing mendiamkan diri dan tidak mengesahkan perkara tersebut.

Zizi bagaimanapun tidak memberi sebarang respon saat ditanya oleh Gempak, sebaliknya dia dilihat menuliskan kalimat Tawakal dalam IG Story.

Gempak yang turut menghubungi Yusuf juga tidak mendapat jawapan yang diinginkan, sebaliknya pelakon tersebut hanya menjawab dia sedang sibuk dengan urusan keluarga.

Terdahulu, tular video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by farahrizan razak (@farahrizan)

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *