“Tak Bagi Shooting Ko Amuk, Bising… And Now?” – Fizz Fairuz Bengang Produksi P0sitif C0V1D-19 Buat-Buat Diam

Pelakon Datuk Fizz Fairuz bengang apabila ada produksi yang sengaja mendiamkan k3s p0sitif membabitkan kru sendiri seperti yang tular sejak semalam.

Kata Fizz, kelonggaran yang diberikan itu telah disalahguna dengan cara tidak betul hingga boleh merisikokan keseluruhan industri seni.

“Production house mana buat hal? Team p0sitif lari balik KL? Kan aku dah cakap, mesti ada yang tidak jujur, ada yang pentingkan diri sendiri.

“Tak bagi shooting kau mengamuk, bising, tidak boleh cari makan. Dan sekarang team shooting kantoi lari dari set, sebab p0sitif balik KL,” luahnya menerusi hantaran di Instagram Stories.

Fizz turut mempersoalkan tindakan pihak Finas berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Sepatutnya, pihak berkenaan perlu memeriksa Sijil Perakuan Pengambaran (SPP) dan kelengkapan 2 d0s vaks1n adalah wajib sebelum memulakan pengambaran.

Mulai 9 September 2021, semua penggiat industri kreatif yang lengkap dua d0s vaks1n dibenarkan untuk kembali melakukan shooting bagi negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kebenaran itu membabitkan beberapa aktiviti termasuk pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *