“Tak Faham Kenapa Semua Sibuk Nak Pergi Langkawi?”- Nabila Huda

Umum mengetahui, semalam Langkawi kembali menerima pelancong selepas sekian lama ditutup susulan pand3mik C0v1d-19 melanda negara.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Nabila Huda yang mempersoalkan mengapa ramai terburu-buru untuk bercuti ke Langkawi selepas melihat ramai ke sana semalam.

“Tak berapa faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini boleh pergi, hari ini juga semua nak pergi. Tak boleh tunggu minggu depan atau bulan depan?” soalnya.

Pelakon itu turut menyebut situasi hari ini seperti kejadian berlaku baru-baru ini dimana tempat rekreasi air terjun dipenuhi dengan orang ramai.

Dalam pada itu, Nabila turut hairan dengan sikap sesetengah pihak yang suka terburu-buru melakukan sesuatu sebaik sahaja diberi kebenaran yang akhirnya membuatkan tempat itu sesak.

Sementara itu, menerusi satu muat naik di Twitter, Nabila turut meminta pertanyaannya itu disalah anggap kerana setiap orang ada pilihan dan pendapat mereka masing-masing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Viral kini

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *