Tak Hirau Kontr0versi, Ebit Lew Tenang Bercuti Bersama Keluarga Di Langkawi

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontr0versi terpalit pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Namun Ebit memilih untuk berdiam diri dan dilihat tenang bercuti bersama keluarga.

Menerusi Facebook, Ebit sempat berkongsikan sekeping fotonya bersama isterinya bercuti di Langkawi. Ebit berkata akhirnya dapat bercuti bersama keluarga sebelum meneruskan misi bantuan.

Sementara itu di Instagram, Ebit ada memuat naik video memaparkan dirinya bersama bidadarinya melakukan aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan di sana.

Dalam entri tersebut, Ebit meluahkan rasa syukur dipertemukan pasangan baik dalam hidupnya serta menitipkan nasihat supaya menghargai orang yang kita cintai kerana Allah.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.

“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan,” tulisnya.

Semalam, kec0h di media sosial apabila penceramah bebas, perbualan luc4h did4kwa mil1k Ebit Lew. Menurutnya, pended4han itu dibuat adalah permintaan daripada mangsa.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber ; Rotikaya 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *