“Tak Terima Sinovac” – Lelaki Kongsi Pengalaman Kena Ambil D0s ‘Booster’ Untuk Lepas Masuk Arab Saudi

Lelaki Kongsi Pengalaman Kena Ambil Dos ‘Booster’ Untuk Lepas Masuk Arab Saudi.

Ketika ini, rakyat Malaysia sedang menantikan perkhabaran baik untuk merentas negeri dan tidak lama lagi juga boleh melancong ke luar negara tanpa perlu melalui prosedur tertentu jika negara mencapai kadar lengkap 90 peratus vaks1nasi c0v1d-19 populasi dewasa.

Perkhabaran ini juga memberi galakan kepada rakyat untuk menyahut seruan kerajaan mendapatkan v4ksin demi melindungi diri.

Seperti yang kita tahu, jenis-jenis vaks1n yang digunakan di Malaysia ialah Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, Moderna, Johnson & Johnson dan Sinopharm.

Walaupun kesemua vaks1n ini diluluskan di Malaysia, namun ada beberapa jenis vaks1n yang tidak diterima di negara luar sehingga ia menjadi isu global.

Vaksin Dua Darjat

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mend4kwa tidak boleh masuk ke Arab Saudi gara-gara dirinya adalah seorang penerima vaks1n Sin0vac.

Pengalamannya itu dikongsikan di media sosial TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.

Menurut pengguna TikTok @ikmalshahfazli, dia ke Arab Saudi atas urusan kerja. Ketika sampai ke Dubai untuk transit ke Arab Saudi, dia tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimanapun, apabila penerbangan dari Dubai ke Arab Saudi bakal tiba, dia kemudian tidak dibenarkan untuk ke sana disebabkan hanya menerima vaks1n Sin0vac.

Malah, dia juga tergolong dalam kategori ‘tidak div4ksinasi’. Tidak mahu dibiarkan begitu sahaja, dia cuba mempertahankan diri dengan memberi segala dokumen pekerjaan untuk ke Arab Saudi.

Akhirnya, isu tersebut dapat diselesaikan dengan syarat dia perlu menerima Pfizer sebagai vaks1n penggalak yang diiktiraf Arab Saudi.

Gusar terima vaks1n campuran

Ia menjadi kegusaran apabila perlu menerima jenis vaks1n yang berlainan – memandangkan dia penerima vaks1n Sinovac di Malaysia tetapi perlu mengambil vaks1n penggalak iaitu Pfizer.

Pada akhir video tersebut, dia memaklumkan sudah menerima suntikan vaks1n Pfizer dan turut berkongsi pengalaman kesan sampingannya.

Difahamkan, kesan sampingan yang diterima sama seperti kesan sampingan yang diuar-uarkan kepada umum seperti lenguh, pening kepala, demam dan lain-lain mengikut kekuatan antibodi masing-masing.

Anda boleh lihat keterangan lelaki ini mengenai kesan sampingan sebagai penerima vaks1n campuran.


Melihat pada ruangan komen, rata-rata penerima Sinovac sedikit terkilan kerana perlu mengambil vaksin penggalak jika hendak masuk ke Arab Saudi.

“Saya sebagai penerima Sinovac amat terkilan melihat video ini.”

“Saya pun Sinovac. Setakat ini nak pergi umrah kena buat booster Pfizer. Sinovac dengan Sinopharm yang kena tambah booster vaks1n.”

Untuk makluman, Arab Saudi mengiktiraf empat vaks1n untuk digunakan di negara itu iaitu AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Pada Ogos lalu, Arab Saudi kemudiannya mengatakan menerima individu yang sudah lengkap vaks1n Sinovac dan Sinopharm untuk ke negaranya dengan syarat perlu menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Rotikaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *