
Pelakon Elizad Sharifuddin tampil membuat laporan di Balai PoIis Bukit Jalil malam tadi terhadap pengguna Facebook.Dia yang menggunakan nama akaun Zain Rashdan atas komen serta status berbaur penghinaan terhadapnya.
Menurut Elizad, dia sebelum ini jarang untuk mengambil berat soal komen yang ditinggalkan individu tidak dikenali.
Sehinggalah hatinya kesal selepas didakwa manduI.
“Di mulakan dgn salam & Bismillahirrahmannirrahim .
Pertamanya, jarang2 aku ni melayan komen2 “ b0doh “ mcm ni.
Tapi bila kau menggunakan perkataan M4NDUL, it really hurts me so bad.
Sedih
“Kau Allah ke? Tahu aku ni mndul ke x? Boleh beranak ke tak?!!
Menggigil, terketar tgn ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat2 sgt! Kau suke ke kalau tgk aku ni bercerai berai sbb aku belum ade zuriat?!,” tulisnya.
Di dalam kapsyen panjang tersebut, Elizad turut menjelaskan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.Malah, dia sendiri tidak pernah putus usaha ikhtiar mendapatkan zuriat.
“Im crying while i text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke x? Pernah kerjasama dgn aku ke?Bersedekah?
Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!
“Lain org lain cara nya. I dont need any stupid attention! Im happy with my life.
Dapat anak ke x ke, itu kerja Allah. Cuma, no one can say that “ M4NDUL “ word to me!
“Kau tahu tak? Aku struggle mcm nak m4ti nak dpt kan zuriat sendiri!
Hari2 dlm solat menangis2, mintak pada Allah jgn biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT!
Menangis kecewa sbb takde peneman umur dah mcm ni.
“Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini.
SAKlT TAHU TAKKK ???!!! SAKlTTT !!! Yang KAU, senang2 PUKlM4K KAN AKU & CAKAP AKU M4NDUL!
“Apa aku rasa? Family aku rasa? Org yg tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK!
Kau simply boleh ckp aku MANDUL & PUKlM4K?,” tulisnya lagi.
Ambil Tindakkan Undang-Undang
Akaun tersebut meninggalkan komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan dan turut membuat status di Facebooknya iaitu;
“Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat… Jom aminkan p******. Amin.”
Sehubungan dengan perkara tersebut, bekas penyampai radio itu telah membuat laporan polis dan menzahirkan ucapan terima kasih atas pihak yang memberikan kata-kata semangat buatnya.
“Jarang aku amik port & x maafkan org. But not this time! Luluh hati ni, sedih sgt2! Tuhan je tahu. I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil.
“Thank u so much Koperal Farhana & semua anggota polis yg membantu juga Inspektor William Balai Polis Sg Besi.
Buat Brother yg backing saya dlm video tanpa saya kenali anda, terima kasih byk2.
“Juga mereka yg sentiasa menyokong & memberi kata2 semangat buat saya.
Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda.
Selebih nya, tgu esok utk tindakan selanjutnya, cc : Tuan Lawyer @faiziskandar_ P/s: ZAIN RASHDAN, kau cuit salah org,” tulisnya lagi.
Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu sebelum ini mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober.
Elizad mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Fasha Sanda Tampil Dedahkan Sikap Sebenar Siti Elizad
Menjengah ke ruangan komen di Instagram, ramai orang termasuk rakan selebriti mempertahankan Siti Elizad.
Tak terlepas juga pelakon, Fasha Sandha apabila dia mendedahkan perangai sebenar rakannya itu ketika bekerja bersama.
Fasha Sandha Jadi Saksi
Meninggalkan komen di Instagram Siti Elizad, Fasha mengatakan orang ramai tidak boleh sesuka hati menghukum seseorang.
Terutamanya apabila isu tersebut berkait dengan soal ibadah.
Malah Fasha juga mendedahkan rakannya itu tidak pernah meninggalkan solat ketika bekerja.
“Siapa dia untuk judge orang solat atau tak? Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi. 4 bulan saya dengan dia shooting”, komen Fasha.
Pelakon tersebut juga meminta Siti Elizad untuk tabah menghadapi ujian dan tuduhan netizen.
Dia juga berkata rakannya itu tidak man dul dan pernah hamil pada sebelum ini.

“Baik mohon keampunan dari tuan badan”
Tambah Fasha, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk rakannya.
Tegas pelakon itu, dia meminta individu atau sesiapa sahaja yang mendakwa rakannya man dul dan tidak solat untuk memohon keampunan kepada Siti Elizad.

“Followers kesayangan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat ijat. Love you yang be strong. Kami doakan yang terbaik.
Hello dia tak man dul ok, dia pernah hamil. Siapa buat ni baik mohon keampunan dari tuan badan”, ujarnya.
Pada masa yang sama, Fasha juga berkongsi dia dan keluarganya sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti Elizad.
Dikhabarkan Siti Elizad sudah memfailkan laporan polis berkaitan dengan isu tuduhan pelakon tersebut man dul dan tidak solat di Balai Polis Bukit Jalil.


Terdahulu digelar mandul dan dihina, Siti Elizad buat laporan polis
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: