Tampil Di Mahkamah Seremban, Sedutan Semula K3s L4nggar (SOP)- Foto Neelofa Pegang Perut Tarik Perhatian Netizen

Pengacara dan usahawan fesyen muslimah berjaya Noor Neelofa mencuri perhatian ramai apabila beberapa keping fotonya memegang perut sewaktu berada di pekarangan Mahkamah Seremban bersama suaminya, PU Riz.

Menerusi laman sosial Instagram, foto-foto yang dimuat naik di akaun _inaijari_ mengundang pelbagai maklum balas wargamaya yang rata-ratanya memberikan komen bekas pengacara MeleTOP itu sedang ham1l.

Tampil dalam persalinan jubah serba kelabu, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tiba di perkarangan mahk4mah jam 8.40 pagi bagi mendengar sebutan semula k3s pend4kwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semasa ke kedai karpet di Nilai 3.

Neelofa yang berjalan di sisi suami dilihat beberapa kali memegang perutnya yang jelas kelihatan ‘berisi’.

Macam baby bump je, siap pegang-pegang lagi,” komen seorang wargamaya.

Nampak Neelofa pegang perutlah, pregnant kot hehe,” kata seorang wargamaya.

“Mesti ramai fokus kat sesuatu kan, baby bump Lofa,” ujar seorang wargamaya.

“Semoga dipermudahkan urusan. Dah pregnant kot kalau betul alhamdulillah,” tulis seorang wargamaya.

“Bestnya nampak baby bump dia, tahniah Lofa,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, Neelofa belum membuat sebarang pengumuman rasmi jika benar dirinya sedang berbadan dua.

Sekadar info, Neelofa dan Haris disatukan dalam ikatan suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *