Tauke Jambu Bakal Adakan Sidang Media Dalam Masa Terdekat

Pelawak Tauke Jambu akui kecewa apabila terus dikaitkan oleh netizen dengan berita mengenai pelawak terkenal yang ditahan terbabit kegiatan pemerdagangan manusia.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria berkata dia turut hairan adakah tindakan mencemarkan marvah, mengumpat dan memfitnah dianggap mulia dalam kalangan masyarakat hari ini.

BACA: Tauke Jambu Nafi Terlibat Kes ‘Bap4 Ay4m’

“Salam sahabat beriman, kita seronok bermain dengan jari. Kira seronok mengaibkan orang lain, memfitnah, mengumpat dan mencemarkan maruah orang lain sesuka hati.

“Kita membuka ruang untuk menghasut agar membenci sesama makhluk… adakah kita rasa begitu mulia?,” tulisnya.

Memetik laporan mStar, Tauke dikhabarkan akan mengadakan sidang media dalam terdekat bagi membersihkan semula nama dan imejnya.

Tauke turut berkongsikan bahawa dia dihubungi beberapa peguam namun tidak dijelaskan atas tujuan apa.

“Wah ramai lawyer call aku ni.. Alhamdulillah,” katanya.

Terdahulu, Tauke menafikan dia adalah pelawak yang ditahan polis. Tegas Tauke lagi, dia tidak kaitan dengan penangkapan itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

 

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *