“Terima Banyak Ugvtan, Organisasi Gelap Muncul Dekat Hotel” – Caprice Mungkin Berehat Dari…

Penyanyi rap Caprice memberi bayang untuk ‘berehat’ dari dunia media sosial terutamanya dalam berkongsi kisah mengenai situasi sedang dihadapinya ketika ini.

Menyifatkan posting di Instagram (IG) semalam adalah yang terakhir, Caprice walau bagaimanapun sempat meluahkan beberapa isu membabitkan pihak tertentu.

“Walaupun misi kita ini makin lama jadi terlalu dalam sangat, sampai kita terima banyak ugutan, sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel Caprice.

“Sampai IG caprice akan kena delete, kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari-hari untuk tunjuk jalan dan kurangkan beban ini,” katanya.

Menurutnya, dia juga mahu meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang terasa hati dengan apa yang berlaku.

“Bila kita sudah sampai sini, Caprice nak bantu rakyat Palestine dan cuba cari jalan untuk visi Al Aqsa 2040.

“Tiba-tiba kita terlibat dengan objektif luar dari misi asal caprice. Tapi demi rakyat Palestine, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menguna isu Palestine untuk cuci duit.

“Tentang sindiket cuci duit guna nama Palestine bertahun-tahun kita tengah kumpul semua bukti untuk @sprm.my @pdrmsia_official,” katanya.

Tambahnya, dia tetap meneruskan misi dan cuba lakukan terbaik sebelum pulang ke rumah untuk keluarga dan insan tersayang.

“Walaupun sudah jelas ada kuasa luar biasa yang banyak kali cuba halangkan kebenaran di Malaysia dan Palestine, InsyaAllah satu hari nanti kita semua akan bangkit dari sejarah gelap.

“Pahit untuk telan, tapi harus ditelan kalau kita betul-betul nak kemajuan demi ummah dan negara kita.

“This might be my last posting…for a long time. Salam,” katanya.

Sebelum ini nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke G4za.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice berdengki dengan penceramah bebas tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, Caprice tampil memohon maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan pendakwah bebas Ebit Lew.

BACA: Mengaku Bertindak Ikut Emosi, Caprice Mohon Maaf Kepada TMJ, Hishamuddin, Ebit Lew & Malaysia

Selain itu, hantaran mengenai mengenai penjelasan yang akan dibuat pada hari ini juga sudah dipadam di Instagram miliknya.

BACA: “21 Julai Ini Semua Akan Didedahkan, Saya Dah Cari Tempat Yang Selamat …” – Caprice-Diugvt?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *