Kes Bvnvh Diri Semakin Tinggi, Sekali Catriona Ross Bagi Ayat Ni Kat PM

Mencetus kebimbangan orang ramai termasuk pelakon, Catriona Ross ketika ini adalah kes bvnvh diri di Malaysia yang semakin tinggi.

Perkongsian pelakon itu di story Instagram mengatakan kes tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ada yang kehilangan tempat tinggal dan dibuang kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

“PRN Sabah Tak Patut Berlaku!”

Ujar Catriona, keadaan negara yang mengalami PKP bagi tempoh yang lama seperti sekarang berlaku disebabkan oleh kerajaan sendiri. Katanya keadaan ini tidak akan terjadi sekiranya pihak kerajaan tidak melakukan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah pada tahun lalu.

“Apa yang berlaku di Sabah tahun lalu, tidak seharusnya berlaku. Perkara tersebut yang membuatkan kita terpaksa menghadapinya pada tahun 2021.

Sama ada anda (kerajaan) mahu mengaku atau menafikan, fakta tetap menjadi fakta”, kongsinya.

Tegas pelakon tersebut, peningkatan kes harian c0v1d-19 yang membimbangkan orang ramai ketika ini berlaku disebabkan oleh PRN Sabah.

Sed1h Dengan Peningkatan Kes Bvnvh Diri

Tak dinafikan jumlah kes bvnvh diri dalam negara berada di paras yang membimbangkan. Pelakon drama “Pujaan Hati Kanda” ini berkata kes yang semakin meningkat naik itu tidak patut berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *