Tidak Lagi Bergelar Menteri, Datuk Seri Zulkifli Mohamad Mahu Aktif Di Saluran YouTube

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri mahu memulakan kehidupannya sebagai ‘rakyat biasa’ dengan aktif menerusi laman sosial.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mencuit dalam laman sosialnya semalam dengan mengatakan beliau mahu lebih aktif di saluran YouTube dan platform Twitter.

“Mungkin selepas ini saya lebih aktif di YouTube Channel dan Twitter Spaces,” cuitnya.

Selain itu, Zulkifli juga mengatakan dia mahu kembali menulis buku dan paling utama terbabit dengan hal hal keagaaman seperti menyampaikan kuliah agama dan menjawab soalan-soalan agama.

Pada masa sama, beliau turut memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahannya selama lebih 17 bulan menggalas tugas sebagai menteri.

“Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan saya sepanjang 17 bulan 6 hari ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia. Saya sayang anda semua,” katanya lagi.

Zulkifli sehingga kini mempunyai lebih 500 ribu pengikut dengan beliau mengikuti 557 orang dan telah melakukan sebanyak 19.2 ribu cuitan di bebenang Twitter.

Menerusi laporan Awani, Zulkifli turut menjunjung kasih atas kepercayaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah melantik beliau sebagai Ahli Dewan Negara dan menggalas tanggungjawab sebagai Menteri.

Terdahulu, beliau bersama anggota jemaah kabinet meletak jawatan pada Isnin susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang apabila beliau (Muhyiddin) terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO pada awal Ogos.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *