Tiga kali keguguran, Syatilla Melvin Ham1l Kali Keenam – “Baru Nak Pakai IUD…Doakan Kandungan Kekal Sehingga 9 Bulan…”

TIGA kali mengalami kegugvran, pelakon Shaheizy Sam berkongsi berita gembira apabila isterinya Syatilla Melvin kini sedang berbadan dua.

Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, memberitahu isterinya ham1l tiga minggu dan anak ketiga mereka itu dijangka lahir pada Mei tahun depan.

“Produk terbaharu akan datang! Setelah RND (research and development) lebih tiga minggu.

“Dijangka bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun depan,” katanya menerusi laman Instagram pada Khamis.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto bersama isteri memegang kit ujian keham1lan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)


Sam kongsi berita gembira bakal timang anak ketiga tahun depan.

Sementara itu, Syatilla, 30, pula berkata keham1lan ini merupakan salah satu rezeki paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.

“Kali keenam (ham1l)! Syukur Alhamdulillah… baru rancang nak pakai IUD (Intrauterine Device, alat mencegah keham1lan) tahu tak? Rezeki Allah nak bagi.


“Hari-hari minta Allah murahkan rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi. Doakan kandungan bertahan sampai cukup sembilan bulan,” ujarnya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pasangan ini masih belum berjaya.

Menerusi laporan mStar pada 7 April lalu, Syatilla mendedahkan dia mengalami kegugvran kali ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu.

Keluarga bahagia… Sam bersama isteri dan dua anak mereka.

Kata Syatilla, dia mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.

Aktres drama Sha & Shah ini juga mendedahkan dia pernah dua kali mengalami kegugvran sebelum melah1rkan anak pertama dan kedua.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Viral kini

Sumber : Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *