[Video] “Jerit Satu Office” – Kawan Saja Sakat Bagi Kucing, Tak Sangka Wanita Ini Ada Ailurophobia

Kucing merupakan haiwan kegemaran ramai kerana ia antara haiwan yang sangat manja dan comel

Namun, tahukah anda sebenarnya ramai di luar sana takutkan kucing dan penyakit itu disebut sebagai Ailurophobia.

Ia menggambarkan ketakutan yang kuat terhadap kucing yang cukup menyebabkan panik atau kegelisahan ketika berada di sekitar haiwan itu.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita disakat oleh kawannya yang ingin memberikan kucing mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menjerit satu office gara-gara takvt sangat dengan kucing

Menerusi perkongsian video daripada @tasyapunyerrr, kelihatan wanita itu sedang berada di mejanya dalam pejabat.

Namun, kawannya tiba-tiba datang dan menyakat ingin memberikan seekor kucing berwarna oren  kepadanya.

Disebabkan terlalu takut dengan haiwan itu, wanita berkenaan pantas menjerit sekuat sambil dan menutup mukanya. Akan tetapi, kawannya itu masih tidak puas dan tetap menyakatkan berulang kali.

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 68K tontonan, 2K tanda suka dan 304 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen memberikan pendapat mereka masing-masing selepas melihat reaksi wanita itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Says 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *