[VIDEO] Lelaki Tengok Kartun Masa Makan Menarik Perhatian, Sekali Ramai Pula Dapat Relate

Biasanya ramai ibu bapa yang akan membiarkan anak mereka menonton kartun semasa makan untuk membiarkan mereka leka dan menghabiskan makanan. Tetapi bukan kanak-kanak sahaja yang melakukannya kerana lelaki ini turut mencuri perhatian apabila dilihat menonton kartun semasa makan.

Perkongsiannya ini turut menarik perhatian ramai apabila netizen juga turut sama dapat relate dengan situasi tersebut. Malah rata-rata netizen turut mengaku selalu menonton kartun di telefon semasa makan sama seperti yang dilakukan lelaki ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang sedang asyik menonton kartun di telefonnya semasa makan. Malah dia juga turut tidak menyedari gelagatnya itu sedang dirakamkan dek kerana terlalu leka menonton.

Kebiasaannya hanya kanak-kanak sahaja yang sering menonton kartun terutamanya semasa makan. Namun melihatkan situasi yang dikongsikan ini, netizen memberitahu mereka juga selalu melakukan perkara yang sama walaupun sudah menginjak dewasa.

lelaki

Lelaki itu juga dilihat makan dengan penuh berselera sambil memberikan sepenuh tumpuan pada kartun tersebut. Pada penghujung video, lelaki itu kemudiannya kelihatan terk3jut sebaik sahaja gel4gatnya menonton kartun itu dikantoikan oleh rakannya sendiri.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi terkejut dari lelaki itu pada akhirnya. Dalam masa yang sama, ada yang berkongsikan pengalaman mereka yang sering menonton kartun semasa makan sama seperti yang dilakukannya ini.

“Tengok kartun masa makan memang auto leka.”

kartun

“Muka gangster tapi hati didi and friends.”

makan

“Layan shin chan masa makan lagi syahdu.”

komen

“Dia punya khusyuk lain macam, terkejut member.”

tik tok

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *