Video Parodi Bikin Iqbal Sentap, Catriona Ross Mohon Maaf – “Tidak Semua Benda Dalam Hidup Saya Berk1blatkan Duit”

Pelakon Catriona Ross tampil memohon maaf kepada usahawan dan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida ekoran video parodi yang dibikin buat siaran sebuah program hiburan minggu lepas.

Jelas Catriona, dia mengambil masa yang lama untuk memberikan respon terhadap ketidakpuasan hati Iqbal terhadap video parodinya kerana sibuk menguruskan keluarga.

Malah, Catriona atau lebih popular kini dengan panggilan Kak Kek menafikan tuduhan Iqbal bahawa dirinya melakukan video terbabit disebabkan tawaran lumayan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)


“Saya minta maaf kerana lambat kerana saya mengambil masa terlalu lama untuk membalas anda. Saya sibuk menguruskan keluarga di rumah walaupun Iqbal merasakan Kak Kek sengaja nak berdiam diri.

“Tapi hakikatnya apabila di rumah, masa kita sangat padat.

“Menjawab isu pertanyaan Iqbal adakah saya melakukan parodi itu disebabkan duit? Saya nak jelaskan kepada Iqbal, tidak semua benda dalam hidup saya berk1blatkan duit.

“Apatah lagi sebagai seorang profesional, saya akan melakukan tugas saya mengikut kehendak, keperluan dan profesio.nalisme saya sebagai seorang pelakon.

“Tetapi menghormati pandangan dan perasaan Iqbal, saya minta maaf dengan hati yang terbuka. Mudah-mudahan Iqbal merasa lebih tenang dan damai selepas ini.

“Sebab saya pun terkejut apabila Iqbal mengatakan Iqbal seolah-olah meng.alami dep.resi kerana masalah Iqbal,” katanya dalam hantaran video di Instagram Stories pada Selasa.

Sehubungan itu juga, Catriona meminta izin untuk berkongsi pandangan dan sebingkis nasihat buat Iqbal yang mana namanya kini sedang sohor di media sosial ekoran episod kisah cintanya bersama Datuk Seri Vida.

Tegur Catriona dengan analogi ringkas; sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

“Dan saya minta izin juga daripada seorang kakak kepada seorang adik, sebagai seorang yang jauh lebih matang saya nak nasihatkan Iqbal sekiranya takut dilambung ombak jangan berumah tepi pantai dik. Memang susah! Memang ujian kita sangat d4hsyat.

“Pada Iqbal yang seolah-olah menceburi dunia selebriti, dunia di mana orang mengenali kita, Iqbal kena sangat kuat.

“Jangan ambil benda yang kecil sebagai satu kudis kepada Iqbal ya. Mudah-mudahan Iqbal menerima permohonan maaf saya ini. Terima kasih,” ujarnya.

Video parodi Catriona turut menampilkan Danial dan Jihan Muse yang difahamkan melakonkan semula babak dalam video kejutan hari jadi Iqbal oleh Datuk Seri Vida baru-baru ini.

Hal itu secara tidak langsung mengguris hati Iqbal dan membuatkannya terk1lan.

“Saya tak sangka Kak Kek mampu bawa watak Datuk Seri Vida dengan sangat menjadi dan menghiburkan.

“Cuma saya betul-betul terkilan. Saya berdepan depresi ditekan dengan pelbagai tohmahan. Sanggup Kak Kek buat begitu…

“Saya terfikir adakah Kak Kek melakukan ini sebagai satu sind1ran ataupun hanya kerana dapat bayaran?

“Ada perkara boleh bergvrau, di saat saya krit1kal begini boleh dijadikan bahan jenaka?” ujarnya yang telah cuba menghubungi Catriona namun tidak berjawab.

“Kak Cat.. Iqbal minta maaf andai kata-kata Iqbal terguris hati Kak Cat.. Kak Cat orang baik, ramai orang sayang..”- Iqbal Zulkefli

“laaaa. Tak habis2 lagi ke? Ramai artis kena parody. Takde pun jadi issue. If youve been live with an anxiety or this thing already affected your ment4l health, go find someone professional and seeking help for your own good. Im not telling u gil4 ke apa eh. Ive been there. So, please la, go seek help. No need to panjangkan the issue ok.”- Netizen 

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Gempak 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *