[VIDEO] “Sempat Menyakat” – Hantar Ayah Balik Rumah Isteri Muda, Bini Tua Siap Kirim Duit

Seperti umum ketahui, kerajaan telah mengumumkan kelonggaran merentas negeri untuk individu yang lengkap vaks1n

Ramai yang terperangkap di kota sehinggakan mereka sudah lama tidak balik ke kampung. Rindu akan ibu bapa semestinya terasa.

Namun begitu, lain pula apabila video seorang ayah dilihat mengambil peluang ini untuk pergi ke rumah isteri mudanya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Muka gembira & seronok dapat balik ke rumah isteri muda

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita bersama ayahnya sedang bersiap-siap untuk pergi ke sesuatu tempat.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila wanita itu dilihat ingin menghantar ayah pergi ke rumah isteri mudanya.

Lebih mengejutkan lagi adalah apabila ibunya siap membekalkan makanan dan memberikan wang saku kepada ayahnya. Sebaik saja tiba di rumah isteri muda, ayahnya dilihat sangat gembira.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

“Auto berseri muka nampak bini muda, segor terus” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan dua beranak itu. Malah, ramai yang sempat menyakat mereka juga.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 701K tontonan, 26K tanda suka dan 900 komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


Kemain anaknya menyakat abah diaorang!

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Says 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *