[VIDEO] Shuib akhirnya dedah wajah Ayash Affan – “MasyaAllah… sempurna”

SEPERTI yang ditunggu-tunggu ramai, akhirnya pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen.

Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi.

Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Allahyarham Siti Sarah yang me.n1ng.gal dunia selepas melahirkan puteranya itu.

shuib 2

Ramai tak sabar mahu melihat wajah Ayash Affan.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.

“MasyaAllah. Nampak sempurna, Ayash anda sangat kacak. Semoga apabila besar nanti menjadi anak soleh okay.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


COMELNYA AYASH AFFAN!

“Kenapa air mata tak boleh berhenti ni… semoga menjadi anak soleh ya sayang!

“Lambang pengorbanan ibu… jangan lupa ibumu nak. Sedihnya tiap kali teringat arw4h Siti Sarah. Al-Fatihah buatnya,” komen pengikut.

shuib 3

Shuib bersama anak-anaknya.

Siti Sarah, 37, menghembvskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur ak1bat C0.vid-19.

Allahy4rham menjalani pembed4han bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahy4rham men1nggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Untuk rekod, Shuib dan arw4h Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *