
Buat yang masih ingat drama yang mengandingkan pelakon utama, Mira Filzah dan Ben Amir berjudul Sweet Dreams, pasti turut teringat akan babak lakonan daripada Yusuf Bahrin sebagai Dr Amar.
Siapa menyangka selepas bergelar suami kepada penyanyi rap popular, Zizi Kirana membuatkan Yusuf Bahrin dalam drama tersebut kembali tular ak1bat salah satu babak lakonan yang memerlukan dia rap.
Menerusi TikTok, babak rap itu tular dengan menjadi bualan hangat netizen apabila lakonan Yusuf Bahrin mencuit hati mereka sehingga ada yang akui merasa penat ketawa gara-garanya.Perkongsian oleh akaun bernama Cae.ull_ ini memaparkan Yusuf Bahrin ingin rap dihadapan salah seorang pelakon wanita yang turut sama membintangi drama tersebut namun nyanyian rap dirinya mendapat resp0n mar4h.
Ternyata babak tersebut kembali tular dengan menarik perhatian ramai lalu meninggalkan bermacam-macam komen lucu di ruangan TikTok tersebut disamping mengusik Yusuf Bahrin.
Melalui respon-respon netizen di video itu, nampaknya nama isterinya, Zizi Kirana turut sama menjadi sebutan netizen yang berseloroh terhadap pasangan sama cantik sama padan itu.
“Patut la dia kawen dengan Zizi, rupanya dalam masa yang same dia nak belajar cara rap. Aduh…”
“Hahaha penat la aku ulang ulang lagi dan lagi…”
“Letih aku gelak…”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber : Gempak