“Walaupun Saya Miskin, Tak Ada Maknanya Nak Meredah Macam Tu,” – Datuk Hattan Buat Lap0ran P0lis Sebab…

Penyanyi senior, Datuk Hattan meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab yang telah mengg0dam telefon bimbitnya dengan niat untuk melakukan perbuatan jah4t.

Berikutan insiden tersebut, Hattan memaklumkan dirinya telah pun membuat sebuah lap0ran p0lis sebagai langkah berjaga-jaga agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Katanya lagi, individu berkenaan telah pun mengg0dam telefon bimbitnya lalu, meminta duit kepada beberapa kenalannya di aplikasi Whatsapp.

“Assalamualaikum. Apa khabar semua. Saya baru balik daripada balai polis untuk buat lap0ran mengenai sc4mmers. Telefon saya kena hack.

“Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia, kemudian, dia whatsapp saya konon-konon mintak tolong.

“Malam ni, gambar saya pula yang kena. Katanya saya pergi mintak tolong dekat orang kiri kanan depan belakang. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta duit RM200 ke RM300. Itu sc4m semua tu,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh penganyi lagu Bisa Bonar itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hattan (@dato_hattan)


Dikesempatan itu juga, Hattan turut mengingatkan orang di luar sana supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan tersebut.

“Apapun, saya dah bagitahu dekat semua kenalan Whatsapp. Itu semua scammer dan perlu berjaga-jaga. Tolonglah hati-hati. Baru-baru ni, seorang isteri anggota po0is kena sc4m sampai berpuluh-puluh ribu. Modus operandinya sama sahaja. Ayatnya juga saya.

“Jadi, kita kena hati-hati. Jangan kita layan perkara-perkara macam ni. Walaupun saya ni miskin, takdanya saya nak pergi merata minta duit orang macam tu,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Hattan diatas peringatan tersebut.

“Alahai tok. Thank you sebab share. Semoga dipermudahkan segala urusan.

“Marah benar tu Datuk. Hati-hati ya. Sc4mmers memang berleluasa sekarang ni.

“Aduh, bahaya betul sc4mmer ni. Senang-senang je diorang nak curi duit orang. Orang punyalah payah nak cari duit. Kerja siang malam mencari duit. Apa-apapun terima kasih tok sebab bagitabu. Boleh beringat lepas ni,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Dalam perkembangan lain, Datuk Hattan bakal membuat persembahan di Konsert 25 Tahun Astro yang akan disiarkan disaluran Astro 25 (100) dan Astro Ria (104) pada jam 9 malam ini.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Media Hiburan via Instagram Datuk Hattan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *