“Walaupun Sibuk bukan alasan abai tanggungjawab”- Syatilla Melvin Berkonsi Cerita, Setiap Yg Bergelar Ibu Pasti Punyai Cabaran

Tidak dinaf1kan, setiap yang bergelar ibu pasti punyai cab4ran tersendiri dalam membesarkan cahaya mata.

Terutamanya semasa perintah kawalan pergerakan (PKP), cabaran dalam menguruskan hal anak-anak semakin bertambah kerana segelintir ibu bapa perlu bekerja dari rumah (BDR).

Mengakui perkara itu, pelakon yang kini bergelar usahawan terkenal, Syatilla Melvin berkongsi mengenai asam garam rumah tangganya terutama melibatkan kedua cahaya mata kesayangannya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, walaupun mempunyi anak yang lasak, namun baginya itu tidaklah menjadi masalah kepadanya dalam menguruskan mereka.

Malah, ibu kepada permata hatinya, Syeriv SamHeizy dan Sarima Samheizy itu melihat perkara tersebut adalah proses yang normal dalam meniti pembesaran anak-anaknya.

“Cab4ran yang paling besar menjadi ibu sepanjang PKP ini adalah saya mempunyai anak yang sangat lasak, bukan seorang tapi dua.

“Bagaimanapun, ini adalah proses yang sangat seronok. Bagi kanak-kanak, ini adalah perkara biasa.

“Jika mereka tidak mempunyai sifat kenak4lan itu, Syatilla rasa ada yang tidak kena kepada mereka,” tuturnya.

Mengulas lanjut, tidak dinafikan melayan kerenah anak-anaknya ada kalanya memenatkan, namun pelakon itu berpendapat, secara tidak langsung ia menjadi satu proses pembelajaran buat dia dan si anak.

“Saya bersyukur ada cahaya mata seperti ini walaupun sangat memenatkan, tetapi proses yang mereka dan saya lalui ini banyak mengajar diri sendiri tentang kesab4ran.

“Di samping itu ia juga secara tidak langsung menjadikan mereka lebih baik di masa hadapan.

“Oleh kerana itulah bila orang cakap, bila ada anak sendiri, anda akan tahu. Jadi kini, Syatilla sudah tahu rasa itu bagaimana,” katanya tersenyum.

Sibuk bukan alasan abai tanggungjawab

Kini dilihat perniagaan produk kecantikan yang diusahakan Syatilla semakin membuahkan hasil dan berjaya menaut hati para wanita.

Oleh hal demikian, dia akui pada waktu ini terlalu sibuk untuk menguruskan perniagaannya.

Namun, dalam masa yang sama dia sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri.

Kongsi isteri kepada pelakon terkenal, Shaheizy Sam, dia memberitahu cahaya matanya yang masing-masing kini berusia empat dan dua tahun semakin memahami tugasnya serta mudah untuk dikawal.

“Masa saya dengan Sam, dia pun sudah tiada penggambaran. Jadi, masa dia pun kini fleksibel. Pembantu rumah pun akan tengok-tengokkan anak.

“Masing-masing dah umur empat dan dua tahun, jadi mereka faham dan saya pun tidak sukar untuk kawal mereka. Cuma n4kal mereka sahaja yang sangat luar biasa.

“Kalau bab lain, tiada masalah untuk mereka. Tetapi, Syatilla tidak serahkan 100 peratus kepada bibik untuk menjaga,” ujarnya.

Rindu berlakon

Apabila diimbau zaman kegemilangan Syatilla yang kerap kali menghiasai layar skrin, tidak dinafikan lakonannya sangat memberi impak yang besar kepada penonton.

Melihat air mukanya yang dikatakan penuh teg4s dan ‘gar4ng’, finalis Dewi Remaja 2010 ini banyak diberikan watak antag0nis.

Lakonan yang sangat menghidupkan sesebuah karakter yang dibawanya itulah menampilkan Syatilla sebagai seorang pelakon yang versatil.

Namun, sejak beberapa tahun ini, pergerakan Syatilla sebagai pelakon semakin perlahan dan sudah jarang melihatnya di kaca televisyen.

Bagaimanapun, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa kini sudah tidak lama berlakon walaupun ramai peminatnya menantikan lakonannya.

Jelas Syatilla, dia rasa rindu untuk berlakon, namun masa untuk keluarga dan perniagaannya itu menjadi kekangannya buat masa ini.

“Kadangkala, Syatilla rindu juga nak berlakon. Tetapi nak tunggu perasaan betul-betul ikhlas ingin berlakon itu, masih belum datang.

“Ini kerana, saya sekarang terlalu menikmati dengan apa yang saya buat sekarang.

“Kita tahu apabila berlakon, masa kita dengan keluarga sangat terhad.

“Apabila kini ada perniagaan sendiri yang perlu diutamakan, saya rasa itulah kekangan untuk saya kembali berlakon,” kongsinya.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber : Utusan online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *