Wanita terjatuh ketika berbuai di tepi tebing, “Berhenti jap jantung aku…”

Dua wanita terselamat dengan hanya cedera ringan setelah terjatuh dari buaian yang terletak di pinggir tebing setinggi 6,300 kaki di Rusia.

Kedua-dua wanita itu menaiki buaian di atas Sulak Canyon yang terletak di Republik Dagestan apabila salah satu tali buaian terputus ketika mereka sedang diayun oleh seorang lelaki dari belakang, membuat mereka terj4tuh dari tebing tinggi tersebut.

Mujur sebuah pelantar kayu kecil yang terletak tepat di seberang tebing mengurangkan impak hent4man sekali gus menyelamatkan ny4wa mereka.

Video yang tular menunjukkan penonton bersorak setiap kali dua wanita itu ditol4k ke udara, sebelum sorakan mereka bertukar menjadi jeritan ketakutan.

Kedua-dua wanita hanya mendapat kec3deraan kecil, walaupun laporan mengatakan mereka tr4uma dengan kejadian itu.

Sumber akhbar Rusia juga mengatakan kejadian itu mungkin berakhir dengan bvruk jika kedua-dua wanita itu terjatvh ketika sedang di ayunan maksimum.

Polis juga sedang melancarkan penyiasatan tentang kekurangan langkah keselamatan di kawasan tarikan pelancong itu, sementara Kementerian Pelancongan juga mengakui lokasi tarikan itu tidak memenuhi piawaian keselamatan.

“dh boleh agak bila swing dia x straight…”

“berhenti jap jantung aku…”

“apo takde pakai safety harnesses…”

“baik tak payah la cuba…”

Sementara itu anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik yang kami kongsikan di bawah ini.
Sumber : hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *