Wawa beli mesin bantuan oksigen, Wawa tetap reda apabila suaminya, Aeril ­Zafrel telah disahkan positif buat kali kedua

PETALING JAYA – Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pelakon yang juga usahawan, Wawa Zainal selain melahirkan rasa syukur selepas dia dan anak-anaknya disahkan negatif daripada jangkitan C0vid-19.

Bagaimanapun, Wawa tetap reda apabila suaminya, Aeril ­Zafrel telah disahkan p0sitif buat kali kedua selepas menjalani ­ujian calitan baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam Insta­gram, Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia benar-benar takut apabila memikirkan tentang pandemik maut yang dilihat seperti tiada kesudahan.

“Alhamdulillah swab (ujian calitan) Wawa dan anak-anak negatif. Allah masih lindungi. Syu­kur ya Rabb.

“Cuma kadang takut, sampai bila kita mampu bertahan daripada Covid ini ya Allah. Risau sangat,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon filem Sabda Kekasih itu turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan beberapa ahli keluarganya yang turut disahkan positif virus tersebut.

“Adik-beradik Wawa, anak saudara ada yang positif. Doakan kesembuhan mereka. Cepatlah habis C0vid, kau angkatlah virus ini ya Allah. Tak tenang dah kita,” katanya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mendoakan ke­sejahteraan keluarga Wawa.

Dalam perkembangan lain, Wawa turut mengambil inisiatif dengan membeli mesin bantuan oksigen sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku perkara tidak diingini dan kecemasan di rumah.

“Alhamdulilah Aeril kini baik-baik sahaja. Dia kuarantin di bilik tingkat atas, manakala saya dan anak-anak pula tidur di bawah.

“Mesin bantuan 0ksigen pun saya sudah beli. Pada masa sama, saya minta dia (Aeril) untuk ke­rap uji tahap oksigen dalam badan menggunakan alat penguji yang dibeli,” katanya.

Terdahulu, Aeril menerusi­ hantaran dalam Instagram mengesahkan dia sekali lagi positif C0vid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“P0sitif C0vid-19 lagi. Tahun ini saja dah dua kali kena. ­Padahal, duduk rumah saja,” luah Aeril.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook@Info kita

Sumber : kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *