Ditanya Kebenaran Bila Bakal Nikahi Zizi Kirana, Ini Respon Ringkas Yusuf Bahrin

Khabar baik mengenai berita rancangan pernikahan di antara pelakon Yusuf Bahrin dengan penyanyi Zizi Kirana yang heboh diperkatakan hari ini masih dalam teka teki.

Gempak menghubungi Yusuf bagi mendapatkan pengesahan mengenai khabar dirinya akan menyunting penyanyi dengan nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil menerusi kiriman WhatsApp.

Pelakon tersebut bagaimanapun mengambil waktu beberapa jam sebelum menjawab persoalan yang dilontarkan kepadanya.

Tanpa mengiya atau menidakkan khabar tersebut, dengan sangat sopan, pelakon yang membintangi drama Perempuan Tanpa Dos4 itu meminta maaf kerana tidak dapat menjawab rencana pernikahannya dengan Zizi Kirana yang dilaporkan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sebaliknya lelaki berusia 29 tahun itu mengucapkan terima kasih di atas doa (ucap tahniah atas pernikahan bersama Zizi Kirana jika benar) dan berjanji untuk kembali menghubungi penulis kelak.

“Mashaa Allah terima kasih atas doa awak tu.

“Tapi saya minta maaf sangat sangat sebab saya betul betul tengah s1buk urus hal family sekarang ini.

“In syaa Allah once dah selesai saya get back balik dengan awak ya,” katanya menerusi balasan kiriman WhatsApp sebentar tadi.

Terdahulu anak kelahiran Selangor ini dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi kelahiran Sabah, Zizi Kirana apabila ada sumber mengesahkan mereka sudah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah.

Hubungan asmara mereka pertama kali dihidu selepas tul4r video rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘Sayang’ ketika mengadakan sesi IG Live pada beberapa minggu lalu.

Pelantun lagu Eh tersebut sebelum ini mengaku mula akrab dengan Yusuf sekitar dua bulan lalu melalui laman Instagram.

Namun, Zizi, 36, sudah mengenali pelakon yang berusia 7 tahun lebih muda daripadanya itu sewaktu sama sama menjayakan program All Together dan enggan melabelkan atau berharap terhadap hubungan baik mereka.

Instagram: @zizi_kirana, @yusuf_bahrin

Sumber : Gempak 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *